Tinggalkan Jejak :D

Pages

Tuesday, October 22, 2013

Bila ulcer, semua benda tak kena :(

Assalammualaikum bloggers :(


Kenapa cik yana masam muka? Kenapa ye agak agak? Huuhuu.. Dalam mulut cik yana ada satu ulcer. makin lama makin besar. sakit sangat :(

Bila ulcer mula bermaharajalela dalam mulut saya ni, macam macam ragam la yang mula mengancam diri ini. waduh ayat. XD . haha. Siyesly, bila ulcer ni, semua benda nak buat tak kena. rasa macam nak nages je T.T

Ulcer itu apa? alamak. sorry la tak terangkan kat uolls apa tu ulcer. Orang kelantan kata ulcer tu nepuh. Ada istillah orang lain pakai mata ikan. haa. ikot korang la apa mende nak panggil tu. *taknak letak gambar, nanti ada yang pengsan pulak*

Ulcer ni ada orang kata disebabkan kurangnya pengambilan air. Badan kita kekurangan air. so, bagi anda anda yang mengalami macam saya ni haa, banyak2 kan la minum air. Botol besar la baguihhhh! Kalau ada makanan yang anda dapati anda makan, akan mengakibatkan ulcer menapak dalam mulut anda, kurang2kan makan benda tu or dalam erti kata lain STOP at once. haha. macam saya ni, oren dgn pisang. dua makhluk ni kalau saya makan confirm! so, jgn hadiahkan buah2 ni kat saya ye. sekian!

Tak seronoknya pasal ulcer ni, bila dia naik kan, nak makan pun tak lalu. perut lapar, tapi mulut menghalang untuk mengunyah. sakit bak angg! tak tipu!..Bila tak lalu makan, badan pun mula susut sikit demi sikit.. haihhh.. tak elok diet begini. Ulcer ni buat kita limit nak bercakap tau. diam je. nak gelak pun payah. (tapi alhamdulillah la kurang sikit dosa bercakap.Alhamdulillah!) Nak buat kerja pun tak tenang, asyik duk berdenyut je.bengkak tengkuk saya sebab ulcer la. kelenjar la bengkaknya.

Orang tua tua kata, letak garam. wusshhh. kalau tahan perit merit nya, silakan~ pasti berguling guling menangis banjir satu Nilai ni kalau saya letak garam. insaffff! Ada orang kata, berus situ bagi darah, nanti dia baik la lepastu. haaa? sanggup ke nak letak berusgigi yg tajam tu kat ulcer tu? pedih!! seriuss! Senang kata, pergi la klinik or farmasi. Mintak bonjela or yg adik beradik dengannya. bonjela tu functionnya kurangkan pedihnya. nak makan minum boleh la buat sementara. untuk baikkan tu, mungkin lambat.

Apa apa pun, banyakkan minum air. Setiap penyakit ada ubatnya. Jangan risau. kita usaha+ikhtiar tuk sihat kan? Jangan marah Allah kenapa dapat penyakit itu ini. tapi sentiasa kata Alhamdulillah sebab Allah nak hapuskan dosa kita. kifarah dosa :) macam ulcer saya ni kan, Allah kurangkan saya bercakap. Makin kurang kita bercakap,makin kurang dosa kita.Allah sedang latihkan diri kita untuk kurangkan bercakap dan perbanyakkan berzikir.

Renung2 kan dan selamat beramal. Jaga kesihatan diri semua! Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan untuk anda semua :D

No comments:

Post a Comment