Tinggalkan Jejak :D

Pages

Tuesday, October 8, 2013

Syukur syukur syukur :)

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Assalammualaikum :D

Harini ada kelas dakwah dengan ustazah. Best sangat!
Walaupun ustazah agak "moody", asyik marah marah, tapi marah dia membina semangat kami
Dia tegur pasal cara mendakwah.
Nak berdakwah, tak semestinya kena bagi ceramah bagai2 kat orang
tak semestinya tulis kat wall fb, twitter dan sebagainya
tapi kena ingat, dakwah pun boleh untuk diri sendiri.Agar diri ni terbimbing, agar diri ni sentiasa beringat.
Dalam berdakwah pon kena ingat ye... berdakwah tak boleh berkasar.tak boleh paksa paksa, tak boleh maki maki
Kena ingat, nak mengubah seseorang mengambil masa jugak. jgn mengharap perubahan drastik
jgn mengharap orang akan ikot telunjuk kita.sebaliknya, berdoa pada Allah agar Allah berikan hidayah kepada orang yang ditegur tu agar dia lembut hati untuk menerima teguran tersebut.
Mana la tahu, teguran berhikmah kita, Allah bantu sekali? tengok tengok dia berubah. kan seronok bukan? :)
Cube bayangkan, orang tegur kita dalam keadaan marah marah, kasar, maki hamun, tengking, tak best kan?
kalau orang tu jenis akan terima teguran dia walaupun kasar begitu, tak pelah. mungkin dia biasa, or mungkin dia jenis yang tak kisah macam mana teguran tu. or mungkin dia jenis yg tak amik hati sangat walaupun kena macam tu.tp cube kalau orang lain yg selain daripada yang saya cakap tu? yang jenis kisah, yang jenis dendam, yang jenis sakit hati and ngata belakang? mesti dia nak berubah pon macam errrrrr, macam terpaksa la jugak an? an? ntah ntah, silap haribulan, kita yang ditengking balik. tak seronok la gitu.Cian tau orang yang kena tu, kalau ditegur pulak kat public,dahla orang ramai "nampak", malu dia, tak pasal2 aib kawan tu kita dah bukak. kan? apa kata kita slow talk baik2, bincang dalam bilik ke, telefon cakap baik2,hantar msg mungkin?.. haaa. kan lembut hati kawan tu nak terima pendapat kita :)

pernah ada orang kata: "jgn pandang pada perbuatan orang tu tapi dengarlah apa yang dia tegur"
ye, mmg setuju.tapi kena ingat jugak, dalam menyampaikan dakwah, kita kena perbaiki diri kita sendiri sebelum menegur orang lain. fikir, flash back diri kita balik, betulkah aku? baikkah aku? cube perbaiki, dan masa menegur kawan kita tu, cakap macam ni, "aku pun bukannya baik, aku pun masih belajar memperbaiki diri, teguran ni untuk kau dan juga untuk aku,kalau aku ada salah, tegurlah aku. marilah sama2 kita berubah".. haaa. kan comel macam ni :)

mama saya pernah cakap :
"dalam menegur, kita sendiri kena buat atas teguran tu jugak, sebab Allah akan uji orang yang menegur tu dengan ujian atas teguran yang dia buat"
errr, paham tak? macam ni, contoh ye, saya tegur diba, wei diba! jgn social sangatla.
tapi akan datang, kalau saya tak ambil teguran saya tu sebagai peringatan untuk saya, lama kelamaan saya yang "bersocial tu". paham tak? paham kan? haa, gitu la maksudnya..


Ingat! Rasulullah s.a.w pun berhemah dalam menyampaikan dakwah baginda. 
Didik umatnya dengan penuh sopan dan berhemah, kan ramai yang tertarik dengan Islam? alhamdulillah
cuba bayangkan kalau zaman Rasulullah menyampaikan dakwah dalam keadaan paksa paksa, marah marah,
agak agak Islam berkembang tak? agak agak ramai tak yang anut agama Islam?
*tepuk dada tanya iman*

panjang pulak typingnya. hahaha
sebelum mengakhiri, nak nasihat sikit ni,
"Jgn sentiasa mencari kesalahan orang, ingt, satu jari yang menunjuk, 4 jari kita menunjuk kita"
maafkan la kawan kawan kita yang pernah buat silap, jgn dendam. tak baik. jadilah pemaaf. :)


p/s: saya sentiasa maafkan sahabat2, kawan2,buah hati saya, sedara mara dan semuanya yang secara langsung or tidak langsung buat salah.. kita manusiakn? tak pernah lari dari kesilapan.jgn risau, saya tak pernah dendam ngan semua :D MAAFKAN SAYA SEMUA!





No comments:

Post a Comment