Tinggalkan Jejak :D

Pages

Monday, June 9, 2014

Perasan

Aku perasan perasaan itu.
Tatkala aku cube mengusik dirimu akan wanita itu
Ye, wanita yg pernah kau letakkan dalam hati kau waktu dulu
Wanita yang boleh dikatakan idaman setiap lelaki yang memandangnya mungkin

Mungkin...

Aku perasan perasaan itu
Tatkala aku cuba memburukkan wanita itu
Kau cuba pertahankan
Tapi kau selindungkan dengan ayat membina yang mana buat aku terlupa dan terdiam
Aku terdiam.tapi aku perasan itu

Kau pernah tanya
Adakah benar khabar berita mengenainya
Aku pun mengiyakan apa yg aku khabarkan
Riak wajahmu berubah
Tapi aku abaikan saja
Sebab aku malas nak kecewa dan menangis lagi

Kau kata kau dah tak memandang orang lain
Tapi diriku ini masih sangsi
Apakah benar kata kata mu?
Ataupun ada yang kau cuba selindungkan?
Aku pun kurang pasti..
Untuk ku bertanya, ku tidak punyai kekuatan
Untuk ku bertanya,kau enggan mengulas apa yang terbuku.
Maka, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri..

Kalau benar dihatimu, ada si dia, khabarkan kepada ku, agar hati ni tidak terlalu kecewa.
Agar hati ni tidak lagi menangis menanti jawapannya
Aku pasrah.aku berserah
Bukan aku tidak percayakan mu,
Tapi disitu, telah membuatkan diriku meragui akan dirimu.
Andai benar apa yg ku katakan,aku pasrah.aku terima hakikat itu.

No comments:

Post a Comment