Tinggalkan Jejak :D

Pages

Thursday, September 14, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 2

9 September 2017


Kami bangun seawal 5 pagi jam Thailand (6 pagi di Malaysia) bagi menunaikan solat fardu subuh. Setelah itu, kami berehat dan pada jam 7 pagi, kami turun ke pantry hostel untuk breakfast. Breakfast kami disitu hanyalah roti kosong dan jem. Air kopi/koko hendaklah dibancuh sendiri. "self service"

lagi sorang payah nak bangun, maka ada 3 cawan jela.hahaha
Setelah kenyang bersarapan, dan jam menunjukkan pkul 9 pagi, kami pun berjalan ke CHAN TRAVEL untuk aktiviti kami pada hari ini

CHANG PUAK CAMP

Kami tiba disini pada jam 10.15 pagi. Agak jauh jugak sebenarnya dari tempat kami tinggal ke sini. *padanlah harganya 500baht utk satu tempat, mmg berbaloi sbb jauh sgt perjalanannya*

Tibanya di pintu gerbang Chang Puak Camp, kami bergambar dulu.

no filter hokayy. haha
Disini terdapat pelbagai aktiviti, antaranya ATV, naik Gajah, Memanah, Menembak, Crocodile Show and Elephant Show. Untuk ATV dan naik Gajah, satu aktiviti ini berharga 500 baht, manakala memanah pula 10 anak panah bersamaan 150baht dan menembak berharga 100baht.
Disana terdapat pakej A dan pakej B yg mana telah merangkumi semua aktiviti ini. Harganya sebanyak 1000baht.




Kami decide untuk main 2 game sahaja. yang perempuan hendak menaiki gajah, manakala yg lelaki hendak berlumba ATV. haha. pengalaman menaiki gajah amat menyeramkan sebenarnya. Gajah yang kami naiki masih muda. dan sangat kuat merajuk! Perjalanan kami mengambil masa 30 minit dengan laluannya meredah hutan. Tibanya dia kawasan tasik, gajah tersebut dikehendaki melintas tasik tersebut. Gajah kami hanya berjalan separuh sahaja di dalam tasik tersebut. dan berhenti sangat lama. Tuan kepada gajah tu puas memujuk gajah tersebut untuk bergerak namun gajah tu tetap berdegil. dalam hati kami hanya Allah je yang tahu apa kami rasa. dalam hati jangan la gajah tu mengamuk baling kami masuk dalam tasik tu. tasik tu dalam!

Setelah tuan itu memujuk gajah tersebut, akhirnya gajah tu mengikut arahan. Kami selamat tiba di tempat permulaan. Sumpah, itu la first and the last saya merasa naik gajah. lepas ni tak mahu dahhhh! kesian + takot!

Lelaki pula baru memulakan perlumbaan ATV nya, yang mengambil masa 40 minit melalui jalan hutan. jalannya kurang mencabar berbanding di Malaysia kata mereka. well, u guys boleh try rasa and compare kot?



Setelah puas beraktiviti di Chang Puak Camp, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya....

SAMILA BEACH, SONGKHLA

Yeszaaaa, tempat orang kata viral la. pantai di Samila,Songkhla yang terdapat patung mermaid bercanda di pantai. haha. Honestly, kami berempat tak selfie dgn patung tu sbb patung tu seksi sgt~ Little mermaid dalam disney pun pakai cangkerang tau nak cover! ni mmg terang tang tang maluuuu~~

Suasana di Samila Beach ni agak tenang, ramai pengunjung, dan sesiapa yang ingin berkelah pun boleh. Jangan lupa bawak tikar dan makanan utk picnic ya! hahaha. Di Samila Beach ni, terdapat banyak kuda yang boleh korang naik dan mereka membawa anda untuk pusing di area Samila Beach


suasana di Samila Beach
Heyyy, dah sampai Hatyai, rugi la kalau uols tak food hunting kan! hahaha. dekat area walking street mereka ada kedai tepi jalan jual makanan and barang. Ada jual somtam, kerabu maggi, sosej, barang kraftangan, souvenir and macam2 lagi.

kerabu maggi dia superb


somtam dia masam2 kaw kaw
Kami pun bergerak ke destinasi seterusnya setelah masing masing kekenyangan. Jarak perjalanan kami jauh  dan makanya, masing masing ketiduran dalam kereta sementara tunggu tiba di destinasi.

HATYAI CABLE CAR

Yang ini kami tidak jadi pergi kerana bas untuk membawa kami ke hill untuk ke cable car lambat.. jam 2.30 ptg baru hendak dibuka. Untuk jalan kaki? mmg wasalam je laaa mu nanti!! dan memandangkan hari hendak hujan, kami pun minx untuk pulang ke hostel untuk berrehat,

Kami tiba di hadapn hostel dan pulang ke bilik masing2 untuk berehat. Pada jam 5ptg, kami berjalan kaki di pekan ini berniat untuk singgah di mall2 untuk mencuci mata. Setelah pelbagai mall kami singgah, kami nekad untuk melihat apa yg menarik di Kim Yong Market.

Kim Yong ni ibarat pasar malam.Tidak banyak yang menarik yg ada disitu.  Kami berjalan sehingga terjumpa lagi kawasan lapang seperti uptown di setapak. Cuma makanan disini ada yang halal, ada yg ada Pork. So berhati hati la semasa membeli.

Kemudian, kami mengambil tuk tuk untuk travel ke ASEAN NIGHT market yang mana, perjalanan kami mengambil masa 20minit.Asean night market dibuka setiap hari pada jam 3ptg sehingga 9malam. Kawasannya agak bersih dari sampah dan paling menyeronokkan, di sini semunya makanan Halal! maka jangan ragu2, silakan membeli dan makan ye!

tomyam dia superb!

Tamat part 2.

*bersambung*

No comments:

Post a Comment